Penerimaan Media Sosial sebagai Medium Dakwah dalam Kalangan Mahasiswa KUIS

Social Media Acceptance as Medium of Dakwah Among KUIS Students

Authors

  • Faradillah Iqmar Omar KUIS

Keywords:

Media sosial, Implikasi, Mesej dakwah, Amar ma’ruf nahi mungkar, Technology Acceptance Model

Abstract

Ledakan teknologi komunikasi pada masa kini membawa fenomena baru dalam bentuk komunikasi manusia apabila fokus kini tertumpu kepada penggunaan media sosial dalam pelbagai aspek kehidupan. Malah, penggunaan media sosial telah menjadi aktiviti yang popular di laman sosial (Socialnomics.net. 2012). Justeru, penggunaan media sosial ini meliputi tuntutan pelaksanaan dakwah yang harus menggunakan pelbagai metod mengikut kesesuaian zaman. Kebanjiran media sosial seperti Facebook dan Twitter dilihat memberi peluang yang meluas terhadap penyebaran mesej dakwah kerana sifatnya yang pantas dan lebih global. Ini jelas apabila terdapat pendakwah-pendakwah tersohor turut menjadikan media sosial sebagai wadah penting penyebaran mesej dakwah mereka. Selain itu, berdakwah merupakan satu tuntutan dan tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam dengan menitikberatkan konsep amar ma’ruf nahi mungkar (Zulkiple, 2001). Justeru, objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara media sosial dan penyebaran mesej dakwah dalam kalangan mahasiswa/i di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Selain itu, kajian ini juga ingin mengenal pasti implikasi penyebaran mesej dakwah serta memfokuskan perbincangan berkaitan penerimagunaan mesej-mesej dakwah di rangkaian media sosial terhadap mahasiswa/i dengan berasaskan pendekatan teori Technology Acceptance Model (TAM). Kajian ini dijalankan dengan mengaplikasikan kaedah kuantitatif iaitu borang kaji selidik dan memperoleh hasil dapatan kajian daripada responden yang terdiri daripada pelajar jurusan Asasi, Komunikasi dan pelajar jurusan Al-Quran dan As-Sunnah dengan Komunikasi di KUIS. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara penggunaan media sosial dan penyebaran dakwah Islamiah dalam kalangan mahasiswa, impak yang positif diterima oleh mahasiswa melalui penggunaan media sosial serta pengaruh dan manfaat yang positif terhadap penyebaran dakwah dalam kalangan mahasiswa.

Explosion of Information and Communication Technology nowadays bring new phenomenon in the form of human communication, whenever the focus now concentrated to social media usage in various aspects of life. In fact, social media usage had become activity that is popular in social website. Thus, this social media usage covers the implementation of da’wah that should use various methods according to time suitability. Social media like Facebook and Twitter are giving an opportunity towards da'wah message to be spread out faster and more global. In fact, there are famous preachers who also use social media as their medium to spreat a message of da'wah. Apart from that, da’wah is very important and regard as a huge responsibility that need to be carried out by Muslims by emphasizing the concept of amar ma'ruf amar nahi mungkar. The objective of the study is to examine the relationship between social media and the spreading of da'wah message among students in Selangor International Islamic University College (KUIS). This study also is to identify the implication of spreading the message of da'wah and concentrate relevant discussion towards the acceptance of da’wah in social media network based on the Technology Acceptance Model (TAM) theory approach. This study carried out by applying quantitative method namely survey and the gathered the result from respondents consisting of Asasi students, Communication and Al-Quran and As-Sunnah field student in KUIS. The result showed the significant relationship between social media usage and the spreading of da’wah message among students, also the positive impact that is accepted by student through usage of social media, influence and benefit that are positive towards da’wah preaching among students.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Quran al-Karim.

Ab. Hamid Ali, Fadzli Adam, Wan Solihin Wong Abdullah & Wan Abd. Aziz Wan Mohd Amin. (2014). Penerimaan blog sebagai medium agama dalam kalangan pelajar IPTA di Malaysia. Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization. iCasic 2014. 4-5 Mac 2014, Kuala Lumpur, Malaysia.

BERNAMA (2011). Media Sosial untuk Kebaikan. Diakses daripada http://www.utusan.com.my

Ghazali Sulaiman. (2007). Media Komunikasi Islam. S.Salahudin Suyurno, Huzaimah Hj Ismail & Aini Faezah Ramlan (pnyt). Shah Alam: UiTM.

Huzaimah Ismail & Baterah Alias. (2007). Dakwah dan Kewajipan. S.Salahudin Suyurno, Huzaimah Hj Ismail & Aini Faezah Ramlan (pnyt). Shah Alam: UITM.

Mohd Rumaizuddin Ghazali. (2013). Hikmah dalam Berdakwah. Diakses daripada http://www.mindamadani.my/artikel/bicara-haraki/item/13-hikmah-dalamberdakwah.html

Mohd Shobi Ishak, Musa Abu Hassan, Siti Zobidah Omar & Jusang Bolong. (2011). Kredibiliti Maklumat Sebagai Faktor Anteseden yang Mempengaruhi Tanggapan Pengguna dalam Model Penerimaan Maklumat Berkaitan Islam di Internet. Wan Amizah Wan Mahmud, Faridah Ibrahim, Samsudin A.Rahim & Normah Mustafa (pnyt). Bangi: UKM.

Mohamad Shahir Abdullah. (2013). Berdakwah Dalam Era Multimedia. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar 'Islam dan Multimedia' di IKIM. Diakses daripada http://www.islam.gov.my/en/berdakwah-dalam-era-multimedia

Musa Abu Hassan, Zulkiple Abd. Ghani, Mohd Shobi Ishak, Jusang Bolong & Siti Zobidah Omar. (2011). Tahap Penerimaan Maklumat Berkaitan Islam di Iternet Dari Perspektif Model Penerimaan Teknologi (TAM). Wan Amizah Wan Mahmud, Faridah Ibrahim, Samsudin A.Rahim & Normah Mustafa (pnyt). Bangi: UKM.

Najidah Zakariya & Abu Dardaa Mohamad. (2013). Media sebagai wasilah dakwah. Al-Hikmah, 5. pp. 92-99.

Noor Shakirah Mat Akhir (2006). Dakwah dan Cabaran Teknologi Maklumat, dlm. Isu dan Cabaran Media di Malaysia, (pnyt.) Mohamad Md Yusoff et al. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Komuniukasi Universiti Sains Malaysia.

Rosmawati Mohd Rasit (2011). Mediamorphosis melalui laman web sosial: Dari perspektif sasaran dakwah remaja. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Media & Dakwah (SMED 2011), anjuran Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, USIM.

Siti Eizaleila Mustafa & Azizah Hamzah. (2010). Media Sosial: Tinjauan Terhadap Laman Jaringan Sosial Dalam Talian Tempatan. Jurnal Pengajian Media Malaysia. Vol. 12, No. 2, 37–52.

Socialnomics.net. (2012). Social Media Stats. Diakses daripada http://www.socialnomics.net/2012/06/06/10-new-2012-social-media-stats-wow/

Sohirin & M. Solihin (2008). Islamic Da’wah: Theory and Practice. Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia (IIUM) Press.

Wakefield, M.A & Rice, C. J. (2008). The impact of cyber-communication on today’s youths. (ACAPCD-14). Alexandria, VA: American Counseling Association. Diakses daripada http://counselingoutfitters.com/vistas/ACAPCD/ACAPCD-14.pdf

Zulkifli Hassan. (2008). Memanfaatkan Media Sosial Untuk Dakwah. Diakses daripada http://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/05/friday-khutbah-usim.pdf

Zulkiple Abd Ghani. (2001). Komunikasi Islam Sebagai Komunikasi Alternatif. Jurnal Islamiyyat. 2: 79- 89.

Published

2015-11-16

How to Cite

Penerimaan Media Sosial sebagai Medium Dakwah dalam Kalangan Mahasiswa KUIS: Social Media Acceptance as Medium of Dakwah Among KUIS Students. (2015). Journal of Management and Muamalah , 5(2), 31-42. https://www.jmm.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/jurnal/article/view/84

Similar Articles

41-50 of 142

You may also start an advanced similarity search for this article.